Monday, 18 January 2016

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA SIRI 1/2016 (18 - 23 JANUARI 2016)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini merupakan hari pertama PTM Siri 1 berlangsung bagi Tahun 2016. Seramai 41 orang daripada 43 orang kakitangan yang telah memberi maklumbalas kehadiran telah berjaya menghadirkan diri ke Program ini. Tahniah kerana berjaya hadir !


HARI PERTAMA (18 JANUARI 2016)

1. BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA (KETRAMPILAN DIRI) (KLIK LINK UNTUK DOWNLOAD)
    Oleh :  PROF. DR. HAJAH ARSIAH BAHRON

2. UJIAN PSIKOLOGI / PEMBANGUNAN DIRI - KUMPULAN (KLIK LINK UNTUK DOWNLOAD) 
    Oleh : PM DR. MOHD DAHLAN HJ. A. MALEK

3. BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA (INTEGRASI KUMPULAN)
    Oleh : EN. DARWIS AWANG



Tuesday, 29 December 2015

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) UMS SIRI 1/2016

Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa Program Transformasi Minda  (PTM) UMS Siri 1/2016 akan diadakan seperti ketetapan berikut :


TARIKH:  

18 - 23 JANUARI 2016 (ISNIN - SABTU)

MASA: 

 8.00AM - 5.00PM

TEMPAT: 

AUDITORIUM, PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH (18 - 22 JANUARI 2016)

ODEC UMS (23 JANUARI 2016)



Surat Jemputan telah diedarkan melalui emel. Mohon kepada kakitangan yang menerima jemputan untuk memberi maklumbalas Pengesahan Kehadiran.

Sebarang Pertanyaan, boleh menghubungi saya di talian ext : 1507 (Puan Dayang).


SELAMAT BERKURSUS :)


Thursday, 18 June 2015

15 JUN 2015 - PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN


Sekitar di Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan bertempat di Bilik Seminar 1 & 2, Pusat Pengajian Pascasiswazah. Diadakan bermula jam 10.00am sehingga 11.30am.

Semoga semua akan Lulus dengan cemerlang pada tahun ini !!! :)







Saturday, 13 June 2015

PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK) TAHUN 2015






PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK) TAHUN 2015


TARIKH : 
15 JUN 2015 (ISNIN)


TEMPAT : 
BILIK SEMINAR 1 & 2, PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH






Monday, 8 June 2015

KELAS PERSEDIAAN BAGI PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK) TAHUN 2015


KELAS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK) TAHUN 2015


TARIKH:
8 - 9 JUN 2015 (ISNIN -SELASA)


MASA:
9.00AM - 5.00PM


TEMPAT:


BILIK SEMINAR, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI





Gambar-gambar Hari Pertama Kelas Persediaan
























                              Gambar-gambar Hari Kedua Kelas Persediaan








Thursday, 14 May 2015

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA SIRI 1/2015



PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SIRI 1/2015


TARIKH :

 12 – 17 MEI 2015 (SELASA – AHAD)

MASA :

 8.00AM – 5.00PM

TEMPAT :

GALERI MAJLIS, ARAS 3, BANGUNAN CANSELORI


ODEC






WAWASAN
Universiti Malaysia Sabah bertekad menjadi sebuah universiti inovatif yang bertaraf antarabangsa. 
MISI
Universiti Malaysia Sabah bertekad mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai ilmu untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, khidmat masyarakat dan keseimbangan pengkhususan ilmu serta keperibadian pelajarnya untuk menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat dan negara.

MOTO
" Bertekad Cemerlang "
Kecemerlangan dalam sebarang aktiviti akan menjadi pendorong dan sasaran utama kepada UMS. Mercu tekad ialah pencapaian yang akan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
FALSAFAH
Pendidikan yang berteraskan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan pembinaan masyarakat terpelajar yang progresif, berdisiplin, bersepadu dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani untuk berbakti mencapai kesejahteraan masyarakat dan negara.






MENGENAI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

·         24 November 1994 – Universiti Malaysia Sabah ditubuhkan dan merupakan universiti awam yang ke-9 di Malaysia.

·         30 Oktober 1994 – Pewartaan Perintah Perbadanan UMS 1994 (University Malaysia Sabah Corporation Act, 1994) dan Perintah Kampus UMS 1994 (Universiti Malaysia Sabah Campus Order 1994) yang menetapkan lokasi dan tapak kampus UMS.

·         31 Januari 1994 – Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia membuat sebuah janji ikhlas bahawa sebuah universiti akan didirikan di Sabah.

·         Bulan September 1994 – Pejabat Pengurusan Universiti pertama bermula di Kementerian Pendidikan Malaysia dan kemudian berpindah ke pejabat sementara dengan menyewa sebuah rumah daripada Universiti Malaya yang juga menjadi pejabat urusan UMS.

·         Bulan November 1994 – Sebuah pejabat pentadbiran sementara diadakan di bangunan Gaya Centre, di Kota Kinabalu. Pengajian akademik telah bermula di Kampus Sementara Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas (1995) dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal (1996).

·         28 November 1995 – Upacara Pecah Tanah Kampus Tetap UMS telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

·         2 Januari 1999 – UMS telah menubuhkan kampus cawangan di Labuan yang telah diisytiharkan oleh YB. Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Sesi pengajian bermula pada Jun 1999 dengan 400 pelajar mengikuti program Kewangan Antarabangsa, Perbankan Luar Pesisirr, Pemasaran Antarabangsa dan Teknologi Maklumat.

·         19 September 2000 – Kampus tetap UMS yang terletak di Teluk Sepanggar Kota Kinabalu telah dirasmikan dengan suasana yang penuh gilang gemilang oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

·         5 September 2011 – Sekolah Pertanian Lestari, UMS Cawangan Sandakan mula beroperasi. Penyerahan Bangunan Sekolah Lestari telah diadakan pada 30 Dis 2011 yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Y.Bhg. Datuk Abd. Rahim Md. Noor.






OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Objektif PTM adalah untuk:

1.    Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah                    pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan            awam;

2.    Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan        berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;

3.    Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian                    perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan

4.    Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.







PERATURAN PESERTA SEMASA KURSUS

A.    PAKAIAN

1. Semasa Kuliah

    1.1.   Lelaki  : Berpakaian seragam penuh atau pakaian masa bekerja.
    1.2    Wanita : Berpakaian seragam atau berpakaian sopan masa bekerja

2.  Riadah/Senaman

    Track Bottom, Baju T yang bersesuaian dan kasut sukan.

    2.1          Lelaki     :   Dilarang berseluar pendek, berbaju tanpa lengan dan tanpa kolar.
    2.2          Wanita    :  Dilarang memakai pakaian yang menjolok mata.


B.     DISIPLIN DIRI

1.     Semasa Dalam Kelas

1.1       Hadir kuliah selewat-lewatnya 5 minit sebelum kuliah bermula.
1.2       Keluar dengan izin.
1.3       Menghadiri setiap kuliah kecuali dengan izin Penyelaras/Penceramah.
1.4    Memberi penuh tumpuan dan penglibatan aktiviti kuliah. Tidak membuat aktiviti sampingan seperti membaca buku, akhbar, majalah atau berbual-bual.
1.6    Memberi hormat kepada penceramah dengan bangun serentak ketika pensyarah masuk dan di akhir kuliah. Penghulu perlu memberi ucapan penghargaan kepada penceramah.
1.7       Tidak merokok, makan dan minum dalam bilik kuliah.
1.8   Tidak menggunakan telefon bimbit semasa kuliah sedang dijalankan. Penggunaan di dalam dewan kuliah boleh diambil tindakan tatatertib.
1.9         Peserta mesti memberi ucapan atau tanda hormat kepada semua pegawai dan urusetia.
1.10 Berdiri atau duduk dengan hormat apabila berhadapan dengan Pegawai-pegawai Kanan Universiti/Penceramah/Fasilitator kursus.
1.11    Menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat   sebelum dan selepas kelas berakhir.
1.12    Bertegur sapa, bermanis muka sesama peserta.

2.  Masa Kursus

     Kursus akan dijalankan tidak terhad kepada waktu pejabat  sahaja.

3.  Semasa makan

3.1  Kebersihan keseluruhan tempat makan adalah menjadi tanggungjawab peserta.
3.2  Meja makan/tempat duduk mestilah dibersihkan dan disusun selepas makan.
3.3  Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
3.4  Pinggan, gelas, sudu dan mangkuk sup hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan selepas makan.
3.5  Tidak dibernarkan meroko di dalam dewan makan.

4.     Sijil

      Sijil kehadiran akan dikeluarkan kepada peserta-peserta yang telah menamatkan kursus dengan jayanya.





GARIS PANDUAN PENILAIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

1. Asas Penilaian

Penilaian terhadap peserta dibuat secara penilaian sepanjang program.

2. Penilaian Sepanjang Program

2.1   Penilaian sepanjang program dijalankan berasaskan kepada tiga (3) kriteria utama  dengan markah seperti berikut:


Bil.
Kriteria Penilaian Utama
Markah
1.
Disiplin
• Kehadiran
• Tingkah laku
• Ketepatan masa

Personaliti
• Etika berpakaian
• Komunikasi

50
2.
Komitmen
• Penglibatan dalam aktiviti
• Kerjasama kumpulan

30
3.
Penilaian Kefahaman
20
Jumlah keseluruhan
100


3. Perincian Kriteria Penilaian Utama


3.1     Kriteria penilaian yang diambil kira oleh fasilitator merangkumi ciri-ciri berikut:

3.1.1 Disiplin Dan Personaliti (50 markah)

a. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang program.

b. Menghormati rakan, fasilitator dan individu lain serta sentiasa mengamalkan sifat-sifat yang positif.

c. Menghadiri sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dirancang sepanjang program.

d. Menepati masa permulaan setiap aktiviti sepanjang program.

e. Kesanggupan menerima dan melaksanakan arahan serta bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja.

f. Personaliti iaitu dari segi sikap, gaya berbicara dan kesopanan.

g. Keupayaan menyesuaikan diri dan reaksi terhadap persekitaran yang sentiasa berubah.

h. Mengamalkan etika berpakaian yang sopan dan kemas.

i. Kebolehan berkomunikasi iaitu kebolehan menyampaikan maksud dan pendapat dengan jelas dan teratur.



Pemarkahan untuk disiplin dan personaliti dibuat mengikut pencapaian markah seperti berikut:
  
Pencapaian
Markah
A
45 - 50
B
0 - 44



3.1.2 Komitmen (30 markah)

a. Penglibatan dan penyertaan yang aktif semasa program dilaksanakan.

b. Semangat kerjasama yang tinggi sesama rakan, fasilitator dan individu lain.

c. Sentiasa memberikan keutamaan terhadap aktiviti program.

d. Kebolehan mengemukakan idea atau cadangan dalam membantu menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi bersama.

e. Penghasilan kerja yang berkualiti dan menepati masa yang ditentukan.


Pemarkahan untuk komitmen dibuat mengikut pencapaian markah seperti berikut:

Pencapaian
Markah
A
16 - 30
B
0 - 15



3.1.3 Penilaian Kefahaman (20 markah)

a. Keupayaan untuk menjawab soalan dengan tepat dan betul.

b. Keupayaan untuk memahami modul yang telah dipelajari.

c. Keupayaan untuk menguasai pengetahuan asas segmen-segmen yang telah dipelajari.



Pemarkahan untuk penilaian kefahaman dibuat mengikut pencapaian markah seperti berikut:

Pencapaian
Markah
A
11 – 20
B
0 – 10